Untuk meletakkan iklan, beberapa isi yg perlu ada ialah:
NAMA PRODUK GAMBAR PRODUK PENERANGAN PRODUK HARGA PRODUK TARIKH MULA TEMPAHAN TARIKH AKHIR TEMPAHAN KOS PENGHANTARAN(JIKA ADA) NOMBOR/EMAIL UNTUK DIHUBUNGI
P/S: bg sesiapa yg tidak tahu bagaimana nak masukkan gambar lagi, boleh emailkan desciption produk dan gambar produk ke email sy. Insya-Allah nanti sy edit dan post kan...
"Didorongkan kepada kamu untuk berniaga kerana dalam perniagaan itu terdapat sembilan daripada sepuluh pintu rezeKi" (Hadith yang disebut oleh Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya ululumuddin, Jld. 2)
"Saudagar yang benar dan amanah akan dikumpulkan pada hariqiamat bersama para orang-orang yang benar, para syuhada' dan para Nabi" (At-Tirmizi)
Kedua-dua hadith tersebut di atas begitu jelas mendorongkan umat Islam supaya berniaga. Dan kita juga ketahui bahawa bidang perniagaan biasanya mampu menjadikan seseorang itu lebihkaya dari makan gaji. Hadith kedua pula seolah-olah memberi para peniaga itu peluang yang amat besar untuk mendapatkan taraf yang amat tinggi di hari akhirat nanti. Jelasnya, sekiranya mereka itu benar dan amanah, mereka akan dikumpulkan bersama-sama para orang yang benar,para syuhada' dan para Nabi. Ini menunjukkan betapa untungnya golongan peniaga dengan syarat mereka itu bersikap benar dan amanah. Saya rasa ganjaran yang sangat besar yang dijanjikan ini sepatutnya menjadi rebutan semua orang yang inginkan kebahagiaan di akhirat.
-- Edited by viovox at 09:26, 2008-09-15
__________________
By viovox
- Islam itu bersaudara, usahlah bergaduh...