TeamUsrahCardiff

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tukang Gunting yg Sombong


Moderator

Status: Offline
Posts: 26
Date:
Tukang Gunting yg Sombong


Satu hari seorang lelaki bernama Nasir telah masuk ke kedai gunting untuk menggunting rambut dan mencukur janggutnya. Semasa menggunting, tukang gunting memulakan sembang-sembang kosong dengan Nasir. Mereka bercakap pasal banyak perkara, sehinggalah subjek persembangan mereka menyentuh mengenai Allah. Bila sampai subjek ketuhanan, tukang gunting tu berkata dengan sombongnya;

"Saya tak percaya Allah tu ada"

"Kenapa awak cakap camtu?" tanya Nasir dengan muka terkejut dan berkerut-kerut.

"Ohh... kenapa saya cakap macam tu? Kamu lihatlah keadaan sekeliling kita, ia menunjukkan Allah itu tidak ada. Ok lah, sekiranya betul Allah itu ada, kenapa terlalu ramai orang yang sakit? Kenapa terdapat kanak-kanak terbiar dan anak yatim? Kalau Allah itu ada, ia pasti tak ada penderitaan dan kesakitan. Saya tak dapat bayangkan lah Allah yang maha penyayang tu akan membiarkan perkara ni." terang si tukang gunting dengan penuh bangga dan yakin.

Nasir diam seketika dan berfikir. Nasir ingin membalas tapi dia fikir sebaiknya dia diam dari dia memulakan pertengkaran. Bila selesai gunting rambut, Nasir pun bayar dan keluar dari kedai gunting tersebut.

Semasa Nasir keluar dari kedai itu, Nasir ternampak seorang lelaki tua di tepi jalan yang memakai baju yang amat kotor, mempunyai rambut panjang yang comot dan janggutnya panjang sampai ke dada. Lelaki tu amat tak terurus.

Selepas melihat lelaki itu Nasir berpatah balik masuk ke kedai gunting tersebut. Lalu Nasir bertempik;

"SAYA TAK PERCAYA YANG TUKANG GUNTING TU ADA!!!"

Tukang gunting tersenyum, mungkin merasakan Nasir nak ajaknya berdebat, lalu beliau bertanya dengan muka sedikit kehairanan;

"Kenapa awak cakap macam tu? Awak tak nampak ke tukang gunting di depan awak ni dan saya baru je menjalankan perkhidmatan saya kat awak?"

"Tak ada dan tak nampak!!" tempik Nasir. "Tukang gunting tak wujud sebab kalau diorang ni wujud pasti takde lelaki yang comot berambut dan berjanggut panjang macam lelaki kat luar tu!"

"Eh awak ni... tukang gunting pastilah wujud, tu salah lelaki kat luar tu la, dia yang tak datang jumpa saya nak bergunting ke... nak mintak pertolongan ke" cakap si tukang gunting dengan muka kerek.


"SUDAH TENTU!!!" Nasir tersenyum..... "Itulah point nya, samalah macam Allah juga, KALAU MANUSIA TIDAK KEMBALI KEPADA-NYA DAN TIDAK MEMINTA PERTOLONGANNYA, pastilah mereka akan di jauhkan dan menanggung penderitaan dan kesakitan di dunia ini"



__________________
By viovox - Islam itu bersaudara, usahlah bergaduh...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard