TeamUsrahCardiff

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mana lagi bijak?


Moderator

Status: Offline
Posts: 26
Date:
Mana lagi bijak?


Aku dalam kisah ini adalah seorg doktor.

Aku mengikuti latihan induksi sebulan di Tg Rambutan sebelum masuk bekerja di Hospital. Aku suka berjogging didalam kawasan Tg Rambutan yang segar dan luas itu. Aku suka memerhati perangai Orang gila yang di biarkan merayau di sekitar dalam kawasan tersebut. Biasanya yang dibiarkan keluar dah pandai bedikari.

Aku perhatikan satu pesakit sedang mengutip buah rambutan dibawah pokok rambutan yang rendang dan lebat buahnya.

Aku tegurnya..." Kenapa Abang kutip buah yang kat bawah tu..kan ada lagi buah kat atas pokok tu..."

"Doktor ulang lagi sekali pertanyaan Doktor tu" tanya pesakit tersebut sambil memasukkan buah rambutan yang dikutip.

Aku pun ulangkan lagi.." kenapa kutip buah tu......kan kat atas pokok banyak lagi"

"Apa lah doktor ni..kalau atas pokok kita kena kait dengan galah bukan boleh kutip...kat bawah bolehlah kutip.."selambanya dia jawab kat aku.

Aku terpinga pinga.....malupun ada jugak Dia datang dekat aku...."minta 20 sen!!"

Ku pun hulurkan RM 1 dengan ikhlas. "Ngaji jer pandai...seringgit dengan 20 sen pun tak kenal....kait dengan kutip pun tak tahu....Doktor jadi macam saya ni..makan pun free kat sini..tak payah ngaji pun..." leter pesakit sambil berlalu setelah ambik duit aku.

moral: kadang2 ilmu yg tinggi bukan bermakna kita pandai dalam segala2nya, jgn dibiarkan pandangan/cadangan dari mereka yg kurang ilmu kerana petunjuk Allah boleh datang dari mana2 sumber yg dikehendaki-Nya. Jadi, rendah dirilah... wink.gif



__________________
By viovox - Islam itu bersaudara, usahlah bergaduh...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard